Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO

22 Feb 2013

Mulut dikuncikan sewaktu di dunia



Assalamualaikum


Selemah-lemah iman adalah mengubah dengan hati


Setiap manusia tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Kalau tak bukan manusia lah namanya kowt. Takkan ada  manusia yang sempurna dalam dunia ni. Begitu jugak dengan aku. Sampai sekarang aku cuba menjadi yang lebih baik dan terbaik dalam hidup aku. Untuk berubah tak perlukan sebuah "jentolak" yang ada dekat belakang kita. Tapi hanya perlukan sekecil-kecil niat dalam hati untuk berubah dan paling penting beristiqamah. Aku bukanlah seorang pujangga yang pandai bermain dengan kosa kata yang boleh memutarbelitkan segala neuron yang berputar ligat bagi memahami isi dan maksud sesuatu kata. Aku bukan seorang ustazah yang mampu mengeluarkan segala hadis dan ayat kitab Allah secara spontan. Aku hanyalah manusia biasa yang teringin. memngimpikan, mahukan perubahan dalam diri aku dan kalau mampu ingin mengajak orang sekeliling aku.



Ya! Aku tahu aku tak mampu.Aku bukan siapa-siapa pun. Dan aku faham kata-kata kau.Maafkan aku. Aku kalau diberi peluang ingin sekali mengajak kau ke jalan yang benar. Bukan maksud aku jalan yang kau tempuh sekarang ni salah. Jalan yang tempuh tu betul sahabat cuma perbutatan kau di hari "itu" salah.Tapi.. entahlah. Kau dah bagi amaran agar tidak menegur segala perbuatan mahupun tingkah laku kau. Aku faham. Aku sedar. Memang aku tak akan tegur apa pun perbuatan kau kalau itu yang kau mahukan. 


Tapi sahabat. Yang HARAM itu tetap HARAM. Kita TAK BOLEH MENGUBAH HUKUM ALLAH. Walau pelbagai cara sekali pun walau pelbagai kata, pelbagai hikayat dan kisah yang kau relatekan dengan perbuatan yang kau lakukan itu agar ia benar di mata kau. HUKUM ALLAH TIDAK BOLEH DIUBAH. Sungguh! Aku tak mampu nak menasihati kau secara berhadapan kerna itu yang kau mahukan. Kau pinta agar aku jangan tunjuk "gah" didepan kau mengenai agama. Kata kau "You're nothing" Yee aku faham. Tapi ketahuilah bahawa aku tak sanggup dan tak mampu untuk berdepan dengan Allah di Hari Esok menjawab mengapa aku tidak menghalang perbuatan kau itu. Maafkan aku. Maafkan aku lari ketika itu. Aku lari ketempat lain. Tak sanggup aku dikatakan bersubahat di hari kelak. 

Setiap apa yang Allah ciptakan untuk kita adalah bermanfaat dan ada hikmahnya. Setiap yang Allah pinjamkan di tubuh badan kita jangan kita ubah jangan kita hilangkan sebab ini semua hanyalah pinjaman semata-mata. Tapi Islam tidak sekejam itu, andai memberi keaiban yang begitu teruk kepada hidup kita, maka dibolehkan. Andai tidak memberi sebarang masalah ataupun keabaian, janganlah diubah. Haram hukumnya.

Sekali lagi, aku bukanlah seorang ustazah mahupun seorang yang alim dalam hal agama. Cuma aku masih menggengam sedikit ilmu yang dibekalkan ibu dan ayah serta dan para guru. Seperti kata kau dan aku sendiri sedar, aku juga sering melakukan kesilapan. Aku pegang kata-kata kau '" Jangan cuba nak nasihatkan orang, kalau diri sendiri belum tentu perfect" 



Hanya mampu menjadi buta bisu dan pekak di dalam zone aku sendiri 



4 comments:

fifie said...

Memang nak menegur orang memerlukan kekuatan.

✿INA AINAA✿ said...

betul tu dear.. nak tegur seseorang tu memang kne kuat iman kita... i mean, bila di caci balik kita tahan je... Apapun, lakukanlah apa yg perlu, lakukan amanah kita sebagai seorang Khalifah di atas bumi ni...

~Hanie Ladyhlomanie~ said...

Assalamualaikum.thanx sudi lwat blog hanie.. hurm, manusia dik, asalkan kita pernah tegur.. kalau die tak mahu dengar biarkan die deal dengan Allah memandangkan die yg buat.. kita dah laksanakan tggungjwb kita.. Jgn sdeyh ok :)

Ieyra Ghani said...

nice entry :) teruskan menulis ^^