Assalamualaikum
Hujan renyai time hari Ahad memang seronok je nak bawa diri ke "Dreamland" tapi... final yang bakal menjelang buatkan aku ni gelabah, gelisah, walhal luaran membe tengok elok je steady. Tapi dalam hati sape tahu kan..
Macam ENTRY yang lepas aku ada ceritakan tentang macam mana Sham kamikazee daripada seorang guitarist berhijrah menjadi pendakwah bebas.Dalam ENTRY tu jugak aku ada janji nak ceritakan cabaran yang dihadapi Abg Sham sepanjang berhijrah.
Antara cabaran Sham Kamikazee semasa mula-mula berhijrah:-
- Pendapatan merundum hampir 90%
Macam yang kita tahu abg Sham ni seorang pemain gitar yang hebat. Sampaikan dia antara salah seorang yang diberi pengiktirafan untuk ada gitar khas untuk dia seoarang. See, hebatkan. Sebelum berhijrah, konsert sana-sini. Bayaran ribu-ribu. Masa ceramah hari tu abg Sham ada cerita, masa era dia baru-baru nak berubah, datang macam-macam tawaran. And paling latest tawaran dia dapat daripada salah satu rancangan television yang agak hot sekarang ni untuk buat music arrangement dengan harga 70k. 70K tau bukan RM70 mahupun RM700. Program apa tak boleh ceritalah kan sebab kalau cakap je memang semua tahu program tu. Tapi disebabkan azam untuk berhijrah tinggi, abg Sham ni tolak tawaran tu. Sebab dia kata dia dah tak nak dah terlibat dalam konsert-konsert sebegitu.
Kalau kitalah yang iman tak berapa nak kuat masa awal-awal berhijrah ni, nak-nak kalau duit pulak sikit.Dah biasa banyak duit kan. Dapat pulak tawaran 70k. Agak-agak kita tolak ke terima masa tu? Tepuk dada tanya iman.
- Membe cakap poyo!
Bila mula-mula abg Sham berubah, dia pun update lah dekat facebook, twiter ajak ke jalan kebaikan. Mulalah membe-membe dia komen "poyo la lu bro!" "poyo!" Dan macam-macam lagi lah. Dan sekarang pun kalau kita tengok dekat twiter ataupun facebook Sham Kamikaze, dia selalu je update waktu solat.. tazkirah ringkas.
Tapi bak kata abg Sham, kita berubah kerana Allah. Jangan kita fikirkan apa kata orang, tapi kita fikirkan apa kata Allah nanti. Jadi, kalau kita nak berubah ke jalan yang benar, kita ignore segala pandagan serong rakan-rakan kita tu, sebabnya, pandagan Allah lebih penting.
Dan masa ceramah "Cinta High Class" daripada abg Sham ni nak hampir tamat, abg Sham ada tinggalkan satu persoalan pada kitorang semua termasuk diri yang tengah menaip ni,
BILAKAH KALI TERAKHIR KITA SOLAT TAUBAT?
Jawapan:-
A)Bulan lepas
B) Dua minggu lepas
C)Tiga hari lepas
D) Jawapan diatas adalah salah
Jadi, aku nasihatkan diri aku sendiri dan kawan-kawan semua Jom kita solat taubat sebabnya sebagai manusia kita tak lari dari melakukan kesiapan dan khilaf setiap saat kita di dunia ni. Sekian.
Entry daripada insan yang tak ada apa-apa
1 comment:
Itulah dugaan seseorang yg ingin berubah kearah kebaikan... namun, duit harta tak dapat lawan dengan pahala serta restu daripada Allah... Allah is the most Priority!... =D
Post a Comment